Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Malaysia (2)

PERANCANGAN PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 Nama Program: Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 Anjuran: SK Kenyalang Tarikh: 10 Oktober 2026 Masa: 7.00 pagi – 8.30 pagi Tempat: Ruang Legar Sekolah Sasaran: Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru, empat orang guru pelatih dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).   1.0 Pengenalan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal. Di samping itu, program ini dapat menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menerapkan amalan hidup aktif dan cergas dalam kehidupan seharian.   2.0 Objektif Mempertingkat kecergasan fizikal murid melalui pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur dan kemampuan masing-masing. Menggalakkan murid menyertai aktiviti senaman, sukan dan rekreasi secara aktif. Menerapkan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif secara berterusan. Membina semangat berpasukan, memupuk disiplin serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.   3.0 Cadangan Aktiviti Pelaksanaan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai. Senaman regangan dan persediaan fizikal sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti kecergasan berasaskan stesen yang merangkumi larian setempat, lompat bintang dan latihan koordinasi pergerakan. Permainan berbentuk kecergasan yang dijalankan secara berkumpulan. Senaman penyejukan badan diikuti dengan sesi rumusan program. 4.0 Tentatif Program Masa Aktiviti 6.45 – 7.00 pagi Pendaftaran kehadiran dan pengumpulan murid di tempat yang ditetapkan 7.00 – 7.20 pagi Penerangan berkaitan keselamatan serta aktiviti pemanasan badan 7.20 – 7.30 pagi Aktiviti senamrobik secara beramai-ramai 7.30 – 8.00 pagi Pelaksanaan aktiviti kecergasan dan permainan secara berkumpulan 8.00 – 8.15 pagi Senaman penyejukan badan dan pemulihan fizikal 8.15 – 8.30 pagi Sesi rumusan, penyampaian penghargaan dan bersurai   5.0 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi: Pn Teresa Pang Su Eing (Guru Besar) Naib Pengerusi 1: Pn Chai Swin Nee (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 2: En Haniff Bin Rosli (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 3: Pn Sim Mui Lee (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi 4: Pn Nurul Syuhada’ Binti Abdullah (Penolong Kanan Petang) Setiausaha: En Lim Jing Hong Penolong Setiausaha 1: En Lee Jian Penolong Setiausaha 2: Nurzaina Binti Lasa Ketua Teknikal: Cik Bong Hui Chin Penolong Ketua Teknikal: Pn Goh Pei Sze Ahli Jawatankuasa: Pn Audrey Ho Suk Ling Pn Chong Boon Yin Cik Chung Ai Ting Pn Geogina Lai Ann Ping Cik Lai Zi Shan Pn Law Sie Toh Pn Lee Xuan Ing Pn Ong Su Ling Cik Wong Siew Ing   6.0 Keperluan dan Persediaan Menyediakan peralatan audio, pembesar suara dan muzik yang diperlukan untuk aktiviti senamrobik. Memastikan kawasan pelaksanaan program mempunyai ruang yang mencukupi serta sesuai digunakan. Menyediakan bekalan air minuman dan tempat untuk murid berehat apabila diperlukan. Memastikan peralatan bagi setiap aktiviti permainan tersedia dan berada dalam keadaan baik. Menyediakan peti pertolongan cemas untuk menghadapi sebarang kecemasan. 7.0 Langkah Keselamatan 1.      Memeriksa keadaan kawasan program terlebih dahulu bagi memastikan tiada objek atau halangan yang boleh mendatangkan bahaya kepada peserta. 2.      Membimbing semua peserta melakukan senaman pemanasan badan sebelum aktiviti bermula dan senaman penyejukan badan selepas aktiviti selesai. 3.      Memastikan peserta mendapat bekalan air minuman yang mencukupi serta diberikan masa rehat yang bersesuaian. 4.      Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan kesesuaian umur, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan murid. 5.      Memberhentikan atau mengubah suai aktiviti sekiranya keadaan cuaca tidak sesuai atau terdapat peserta yang mengalami masalah kesihatan. 8.0 Penilaian Program Keberkesanan program akan dinilai berdasarkan bilangan dan tahap penglibatan peserta, kelancaran perjalanan aktiviti, kerjasama warga sekolah serta pandangan dan maklum balas guru selepas program dilaksanakan.   9.0 Penutup Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang pentingnya menjaga kecergasan dan kesihatan diri. Pelaksanaan program ini juga diharap dapat menggalakkan warga sekolah menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian demi kesejahteraan hidup.
Event Date 09-10-2026 7:00 am
Event End Date 10-10-2026 8:35 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free

Hari Sukan Malaysia (3)

 Nama Program: Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 Anjuran: SK Kenyalang Tarikh: 10 Oktober 2026 Masa: 7.00 pagi – 8.30 pagi Tempat: Ruang Legar Sekolah Sasaran: Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru, empat orang guru pelatih dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).   1.0 Pengenalan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal. Di samping itu, program ini dapat menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menerapkan amalan hidup aktif dan cergas dalam kehidupan seharian.   2.0 Objektif Mempertingkat kecergasan fizikal murid melalui pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur dan kemampuan masing-masing. Menggalakkan murid menyertai aktiviti senaman, sukan dan rekreasi secara aktif. Menerapkan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif secara berterusan. Membina semangat berpasukan, memupuk disiplin serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.   3.0 Cadangan Aktiviti Pelaksanaan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai. Senaman regangan dan persediaan fizikal sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti kecergasan berasaskan stesen yang merangkumi larian setempat, lompat bintang dan latihan koordinasi pergerakan. Permainan berbentuk kecergasan yang dijalankan secara berkumpulan. Senaman penyejukan badan diikuti dengan sesi rumusan program. 4.0 Tentatif Program Masa Aktiviti 6.45 – 7.00 pagi Pendaftaran kehadiran dan pengumpulan murid di tempat yang ditetapkan 7.00 – 7.20 pagi Penerangan berkaitan keselamatan serta aktiviti pemanasan badan 7.20 – 7.30 pagi Aktiviti senamrobik secara beramai-ramai 7.30 – 8.00 pagi Pelaksanaan aktiviti kecergasan dan permainan secara berkumpulan 8.00 – 8.15 pagi Senaman penyejukan badan dan pemulihan fizikal 8.15 – 8.30 pagi Sesi rumusan, penyampaian penghargaan dan bersurai   5.0 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi: Pn Teresa Pang Su Eing (Guru Besar) Naib Pengerusi 1: Pn Chai Swin Nee (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 2: En Haniff Bin Rosli (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 3: Pn Sim Mui Lee (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi 4: Pn Nurul Syuhada’ Binti Abdullah (Penolong Kanan Petang) Setiausaha: En Lim Jing Hong Penolong Setiausaha 1: En Lee Jian Penolong Setiausaha 2: Nurzaina Binti Lasa Ketua Teknikal: Cik Bong Hui Chin Penolong Ketua Teknikal: Pn Goh Pei Sze Ahli Jawatankuasa: Pn Audrey Ho Suk Ling Pn Chong Boon Yin Cik Chung Ai Ting Pn Geogina Lai Ann Ping Cik Lai Zi Shan Pn Law Sie Toh Pn Lee Xuan Ing Pn Ong Su Ling Cik Wong Siew Ing   6.0 Keperluan dan Persediaan Menyediakan peralatan audio, pembesar suara dan muzik yang diperlukan untuk aktiviti senamrobik. Memastikan kawasan pelaksanaan program mempunyai ruang yang mencukupi serta sesuai digunakan. Menyediakan bekalan air minuman dan tempat untuk murid berehat apabila diperlukan. Memastikan peralatan bagi setiap aktiviti permainan tersedia dan berada dalam keadaan baik. Menyediakan peti pertolongan cemas untuk menghadapi sebarang kecemasan. 7.0 Langkah Keselamatan 1.      Memeriksa keadaan kawasan program terlebih dahulu bagi memastikan tiada objek atau halangan yang boleh mendatangkan bahaya kepada peserta. 2.      Membimbing semua peserta melakukan senaman pemanasan badan sebelum aktiviti bermula dan senaman penyejukan badan selepas aktiviti selesai. 3.      Memastikan peserta mendapat bekalan air minuman yang mencukupi serta diberikan masa rehat yang bersesuaian. 4.      Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan kesesuaian umur, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan murid. 5.      Memberhentikan atau mengubah suai aktiviti sekiranya keadaan cuaca tidak sesuai atau terdapat peserta yang mengalami masalah kesihatan. 8.0 Penilaian Program Keberkesanan program akan dinilai berdasarkan bilangan dan tahap penglibatan peserta, kelancaran perjalanan aktiviti, kerjasama warga sekolah serta pandangan dan maklum balas guru selepas program dilaksanakan.   9.0 Penutup Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang pentingnya menjaga kecergasan dan kesihatan diri. Pelaksanaan program ini juga diharap dapat menggalakkan warga sekolah menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian demi kesejahteraan hidup.
Event Date 09-10-2026 7:00 am
Event End Date 10-10-2026 8:35 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 SK GERSIK

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 SK GERSIK HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 SEKOLAH KEBANGSAAN GERSIK
Event Date 16-10-2026 7:00 am - 11:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

SENAMROBIK SUPRIMS HSN26

SENAMROBIK SUPRIMS HSN26
Event Date 29-10-2026 7:40 am - 8:40 am
Capacity 1200
Individual Price Free

Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATU HASHIM TAHUN 2026 1.0 NAMA PROGRAM Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Datu Hashim Tahun 2026. 2.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh: 10 Oktober 2026 Hari: Sabtu Tempat: Sekolah Kebangsaan Datu Hashim Anjuran: Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Datu Hashim 3.0 PENDAHULUAN Hari Sukan Negara merupakan inisiatif untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, termasuk warga sekolah. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Datu Hashim telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah bagi tahun 2026 sebagai usaha menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti fizikal dan sukan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti sukan dan rekreasi, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM 4.1 Menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi. 4.2 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan tubuh badan. 4.3 Memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid. 4.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah. 4.5 Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah. 5.0 SASARAN Semua murid, guru dan warga Sekolah Kebangsaan Datu Hashim. 6.0 PELAKSANAAN PROGRAM Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Datu Hashim telah ditetapkan pada 10 Oktober 2026, bersamaan hari Sabtu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Datu Hashim. Pelaksanaan program memberi penekanan kepada penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang bersesuaian dengan tahap umur serta keupayaan murid. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mengutamakan keselamatan, penyertaan menyeluruh dan keseronokan bersukan.
Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK SG PAOH, Sarikei

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK SG PAOH, Sarikei  Pada hari jumaat bertarikh 16 Oktober 2026, Sk Sg Paoh, Sarikei telah mengadakan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah. Program ini telah disertai oleh murid-murid SK SG Paoh yang terdiri daripada Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 iaitu seramai 123 orang murid dan juga melibatkan seramai 23  orang guru dan  staf AKP.
Event Date 16-10-2026 7:30 am - 11:40 am
Capacity 150
Registered 0
Available Place 150
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA NIROK NGEMAH

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA NIROK NGEMAH Hari Sukan Negara di SK Nanga Nirok Ngemah merupakan satu program yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dijalankan bagi menggalakkan penglibatan murid serta guru, di samping meningkatkan kecergasan fizikal, semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan. Program ini juga memberi kesedaran tentang kepentingan bersukan sebagai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Event Date 20-10-2026
Event End Date 21-10-2026
Capacity 50
Registered 0
Available Place 50
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Program dibatalkan kerana jerebu.
Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

HARI SUKAN NEGARA

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event

Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara
Event Date 23-10-2026 8:00 am - 10:00 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free