Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Malaysia (2)

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 1.0 Nama Program Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2026 Peringkat Sekolah. 2.0 Tarikh, Masa dan Tempat Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 7.00 pagi – 8.30 pagi Tempat: Ruang legar sekolah 3.0 Sasaran Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru, empat orang guru pelatih dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). 4.0 Objektif Program Meningkatkan kecergasan fizikal murid melalui pelbagai aktiviti senaman dan kecergasan yang bersesuaian. Membentuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian. Memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan melalui penglibatan dalam aktiviti kecergasan. 5.0 Pelaksanaan Aktiviti Program dimulakan dengan pengumpulan murid di ruang legar sekolah, diikuti dengan taklimat keselamatan dan aktiviti pemanasan badan yang dikendalikan oleh guru. Seterusnya, semua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti senamrobik secara beramai-ramai. Program diteruskan dengan aktiviti kecergasan dan permainan berkumpulan yang dirancang mengikut kesesuaian umur serta keupayaan murid. Setelah semua aktiviti selesai, peserta melakukan senaman penyejukan badan sebelum sesi rumusan dan penghargaan diadakan. Program berakhir dengan murid dan warga sekolah bersurai secara teratur. 6.0 Impak Program Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan fizikal. Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti senaman, sukan dan rekreasi. Menerapkan nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah. Menggalakkan pembentukan budaya hidup aktif dan sihat dalam persekitaran sekolah. 7.0 Kekangan Pelaksanaan aktiviti kecergasan perlu mengambil kira keluasan ruang legar sekolah serta kesesuaian tempat untuk menampung penyertaan semua murid. Selain itu, tahap kecergasan dan keupayaan fizikal murid yang berbeza memerlukan pemantauan serta bimbingan guru bagi memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan selamat. 8.0 Cadangan Penambahbaikan Merancang lebih banyak aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan sesuai dengan tahap perkembangan murid sekolah rendah. Memastikan ruang aktiviti mencukupi dan susunan peserta dirancang dengan teratur bagi melancarkan perjalanan program. Menyediakan aktiviti alternatif sekiranya ruang atau keadaan persekitaran tidak sesuai untuk aktiviti yang dirancang. Menggalakkan murid meneruskan amalan senaman dan aktiviti fizikal secara konsisten di sekolah mahupun di rumah. 9.0 Penutup Secara keseluruhannya, Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti fizikal serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan warga sekolah.   Disediakan oleh: (LIM JING HONG) 11 Oktober 2026     Disemak oleh: (CHAI SWIN NEE) PK KOKURIKULUM 11 Oktober 2026

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:00 am
Event End Date 10-10-2026 8:35 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SK Kenyalang