Hari Sukan Negara 2026
Info HSN
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mengenai HSN
Objektif
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan, seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembangunan sukan untuk semua.
Penyertaan HSN 2026
Penerangan dan Fokus Penyertaan
Program dan aktiviti HSN 2026 memberi tumpuan kepada penyertaan masyarakat merentas usia, latar belakang dan tahap kecergasan.
Warga Emas
60 tahun ke atas
Warga Veteran
40–60 tahun
Rakan Muda
15–30 tahun
Wanita
Semua peringkat umur
Kanak-Kanak