Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATU HASHIM TAHUN 2026 1.0 NAMA PROGRAM Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Datu Hashim Tahun 2026. 2.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh: 10 Oktober 2026 Hari: Sabtu Tempat: Sekolah Kebangsaan Datu Hashim Anjuran: Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Datu Hashim 3.0 PENDAHULUAN Hari Sukan Negara merupakan inisiatif untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, termasuk warga sekolah. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Datu Hashim telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah bagi tahun 2026 sebagai usaha menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti fizikal dan sukan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti sukan dan rekreasi, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM 4.1 Menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi. 4.2 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan tubuh badan. 4.3 Memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid. 4.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah. 4.5 Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah. 5.0 SASARAN Semua murid, guru dan warga Sekolah Kebangsaan Datu Hashim. 6.0 PELAKSANAAN PROGRAM Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Datu Hashim telah ditetapkan pada 10 Oktober 2026, bersamaan hari Sabtu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Datu Hashim. Pelaksanaan program memberi penekanan kepada penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang bersesuaian dengan tahap umur serta keupayaan murid. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mengutamakan keselamatan, penyertaan menyeluruh dan keseronokan bersukan.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK Datu Hashim

We are no longer accepting registration for this event