Sekolah

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:00 am
Cut Off Date 10-10-2025
Capacity 10000
Registered 0
Available Place 10000

We are no longer accepting registration for this event

MASA TENTATIF TINDAKAN 7:15 pagi Semua murid berkumpul di dewan serbaguna (**SINAR PAGI DIBATALKAN) Guru kelas (Tahun 1-6)   7:30  pagi Ucapan oleh Guru Besar - Pn Tan Su Ling   7:35  pagi Aktiviti Pemanasan Badan   (LAGU: Satu Murid Satu Sukan)                                            AJK Siaraya:En Phang Chi Lick Senamrobik :En Fung Thien Lung , En Syamir 7.40  pagi Larian bermula dari Dewan Serbaguna, lari mengelilingi bulatan lalu menuju ke pintu besar (Pintu A) CHP. Belok ke kiri lalu berlari mengelilingi pagar sekolah sehingga tiba di depan pintu D lalu berlari melalui gelanggang bola keranjang terbuka sehingga ke garisan penamat. **Guru Besar Pn Tan Su Ling & YDP PIBG En. Jason Cheng membunyikan hon menandakan Merentas Desa bermula. Murid lelaki Tahun 6 mula berlari.   Juru Acara   Penyelaras Pelepas:Pn Deng Wei Sam   Guru kelas (Tahun 1-6) mengikuti barisan murid kelas masing-masing. Urutan Larian :Cikgu Shahril mengetuai murid Lelaki Tahun 6 mula berlari dan diikuti oleh murid perempuan Tahun 6. Kemudian, Cikgu Christopher mengetuai murid lelaki Tahun 5 dan disusuli oleh murid perempuan Tahun 5 dan seterusnya Cikgu Chang Zi Hong mengetuai murid lelaki Tahun 4 dan diikuti murid perempuan Tahun 4 sehingga murid Tahun 1 mengakhiri larian ini.   Cikgu Tan Li Ling mengetuai murid–murid Pra dan Guru Kelas Tahun 1 mengetuai kelas-masing-masing berlari dalam kawasan padang sekolah sahaja.   Guru kelas Tahun 1-3 mengetuai kelas masing-masing   Guru yang bertugas mengetuai kelas Tahun 4-6   Guru-guru di Stesen A-K   8.30 pagi Murid-murid berkumpul di dewan kecil untuk membuat aktiviti menyejukkan badan. Guru bertugas: Pn Irene Tan, Pn Choo Yoong Yoong 8.45 pagi Bersurai: Murid berehat pada waktu rehat.   
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 8:30 am
Capacity 829
Registered 0
Available Place 829
Women 56
Children 773

We are no longer accepting registration for this event

Hari Sukan Negara Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cheras Tahun 2025       Hari Sukan Negara ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cheras dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:50 am
Cut Off Date 10-10-2025 7:30 am
Capacity 250
Registered 0
Available Place 250

We are no longer accepting registration for this event

Hari Sukan Negara
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 10:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0

We are no longer accepting registration for this event

HARI SUKAN NEGARA (3)
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 9:30 am
Cut Off Date 09-10-2025 1:00 pm
Capacity 303
Registered 0
Available Place 303
Veterans 27
Women 20
Children 303

We are no longer accepting registration for this event

SJKC Confucian mengadakan aktiviti senamrobik dan merentas desa pada 10/10/2025 dari pukul 7:30 pagi hingga 9:00 pagi.
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 9:00 am
Capacity 476
Registered 0
Available Place 476

We are no longer accepting registration for this event

Sempena Hari Sukan Negara  Peringkat Sekolah S.J.K.(C) Rasa 2025/26 HSN2025 akan mengetengahkan konsep Malaysia Madani sukan Baharu dan Sukan Rakyat bertujuan untuk penyatuan kesejahteraan serta mengangkat prinsip saling hormat menghormati.
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 8:30 am
Capacity 247
Registered 0
Available Place 247
Children 227

We are no longer accepting registration for this event

Hari Sukan Negara 2025 Tarikh: 10 Oktober 2025 Hari: Jumaat Masa: - Sesi Pagi: 7.30 pagi – 9.15 pagi - Sesi Petang: 2.30 petang – 4.00 petang Tempat: Dewan Terbuka SMK Desa Tun Hussein Onn Anjuran: Unit Sukan dan Kokurikulum SMK Desa Tun Hussein Onn   Pengenalan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang disambut di seluruh negara bagi memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Selaras dengan hasrat tersebut, SMK Desa Tun Hussein Onn telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah pada 10 Oktober 2025. Program ini bertujuan menggalakkan warga sekolah, khususnya murid, untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan.   Objektif Program Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan murid. Menggalakkan penyertaan aktif warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Membentuk gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan. Menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan.   Sasaran Penyertaan Semua murid dan guru SMK Desa Tun Hussein Onn bagi sesi pagi dan sesi petang.   Aktiviti Dijalankan Aktiviti utama yang dijalankan ialah Pertandingan Skipping antara kelas. Setiap kelas menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini, dan pemenang dipilih berdasarkan jumlah lompatan terbanyak dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, sesi regangan ringan turut dijalankan sebelum pertandingan bermula bagi memastikan keselamatan dan kecergasan peserta terjamin.   Ringkasan Pelaksanaan Aktiviti Program dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penolong Kanan Kokurikulum yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat. Seterusnya, aktiviti pemanasan badan dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani. Pertandingan skipping bermula tepat pada waktunya bagi kedua-dua sesi — pagi dan petang — dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para murid. Suasana program berlangsung dalam keadaan meriah dan penuh semangat kesukanan. Guru-guru bertugas turut memainkan peranan sebagai pengadil dan pencatat markah. Rumusan Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2025 di SMK Desa Tun Hussein Onn telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dirancang. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid serta warga sekolah.
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 9:15 am
Cut Off Date 09-10-2025
Capacity 1000
Registered 0
Available Place 1000
Youth 900
Women 78

We are no longer accepting registration for this event

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH  2025 Hari Sukan Negara diadakan  adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia Dan Sukan bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan serta mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Senarai aktiviti yang dijalankan  : Senamrobik Aktiviti sukaneka murid dan guru Pertandingan sepak penalty, mini futsal  dan dodgeball Ceramah Buli dalam Sukan  
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 12:30 pm
Capacity 472
Registered 0
Available Place 472

We are no longer accepting registration for this event

Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif tahunan yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak tahun 2015 dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Penganjuran program ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, aktif, dan cergas melalui pelbagai aktiviti kecergasan dan riadah. Program ini juga bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur, latar belakang atau kemampuan fizikal.            Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati mengambil inisiatif menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan, dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Melalui penglibatan murid, guru, dan kakitangan, program ini diyakini dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan fizikal serta mental melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan.            Selain itu, program ini juga diharap dapat mengukuhkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat, di samping menyemarakkan semangat cintakan negara melalui penglibatan dalam aktiviti sihat. Penganjuran ini bukan sahaja menyokong dasar kerajaan, malah menjadi wahana penting dalam melahirkan generasi muda yang sihat, berdisiplin, berdaya saing, serta mempunyai jati diri yang kukuh.
Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:00 am
Cut Off Date 10-10-2025 11:00 am
Capacity 680
Registered 0
Available Place 680
Senior Citizens 34
Veterans 31
Youth 613
Women 395

We are no longer accepting registration for this event