Hari Sukan Negara Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cheras Tahun 2025

Hari Sukan Negara Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cheras Tahun 2025 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cheras telah menyambut seruan sambutan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka. Acara Bermula pada jam 7.30 pagi, selepas kehadiran murid dan semua warga SJKT Cheras. Kedatangan murid juga diambil oleh guru kelas masing-masing. Pada 7.45 pagi, guru besar memberi ucapan perasmian. Selepas itu, murid-murid diberi sedikit taklimat mengenai pelaksanaan Hari Sukan Negara pada hari ini. Seterusnya, pada jam 8.00 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua murid mengambil bahagian dalam acara ini.                   Acara ini telah dikendalikan oleh guru-guru untuk memeriahkan lagi acara senamrobik. Kelihatan semua peserta bersemangat melakukan aktiviti senamrobik. Acara ini tamat pada jam 8.30 Pagi. Selepas acara ini tamat, murid-murid dibenarkan minum air untuk merehatkan diri selepas bersenam.             Tepat jam 8.45 pagi, murid-murid diminta untuk berkumpul di dewan bagi meneruskan aktiviti seterusnya. Terdapat 7 stesen permainan telah disediakan untuk murid bermain. Seorang guru menjaga satu stesen. Guru kelas membawa murid-murid ke stesen masing-masing. Pada jam 9.30 pagi, murid-murid tahap 1 dan tahap 2 dibenarkan makan di kantin untuk merehatkan diri selepas penat bermain.             Selepas rehat, murid-murid bergerak ke stesen untuk sambung bermain. Semua murid kelihatan bersungguh-sungguh bermain permainan yang telah diberikan kepada mereka dan berjaya mencapai objektif utama hari sukan negara iaitu mengeluarkan peluh. Selain itu, semua murid juga kelihatan gembira dan disebabkan itu Sambutan Hari Sukan Negara SJKT Cheras ini kelihatan sangat meriah.             Permainan semua murid tamat pada jam 11.00 pagi. Kemuadian semua murid diminta untuk berkumpul di dewan bagi menonton permainan yang disediakan untuk guru. Murid-murid berseronok melihat permainan guru. Selepas permainan guru, murid-murid dibenarkan untuk bersurai.             Kesimpulannya, Sambutan ini keseluruhannya berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan yang paling utama berjaya mengajar semua warga SJKT Cheras. Diharap, aktiviti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan sedikit penambahbaikkan bagi melancarkan perjalanan sambutan.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:50 am
Cut Off Date 10-10-2025 7:30 am
Capacity 250
Registered 0
Available Place 250
Location SJKT CHERAS

We are no longer accepting registration for this event