SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SMK WANGSA MELAWATI

Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diperkenalkan sejak tahun 2015 dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Selaras dengan aspirasi tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati turut melaksanakan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 sebagai salah satu usaha memperkukuh budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah. Program ini bertujuan menggalakkan penyertaan aktif murid, guru, dan kakitangan dalam aktiviti sukan serta membudayakan gaya hidup sihat, aktif, dan cergas. Selain itu, penganjuran program ini juga menjadi wadah penting untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan, dan perpaduan antara warga sekolah. Ia turut menyokong dasar kerajaan dalam memperkasa konsep 1 Murid 1 Sukan (1M1S) di peringkat sekolah, di samping menanam nilai-nilai positif seperti semangat juang, toleransi, dan tanggungjawab. Melalui aktiviti seperti senamrobik, permainan rakyat, liga penalti, mini bola tampar, serta kuiz Hari Sukan Negara, murid bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah dapat mengasah kemahiran sosial dan kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam kumpulan. Program ini dilaksanakan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di sekitar kawasan sekolah. Melalui pelaksanaan ini, pihak sekolah berharap agar seluruh warga SMK Wangsa Melawati dapat menyemai kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental, di samping memperkukuh hubungan antara guru, murid, serta komuniti sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 diharap menjadi landasan kukuh dalam melahirkan generasi muda yang sihat, berdisiplin, berdaya saing, dan mempunyai jati diri yang tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan yang cemerlang.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:00 am
Cut Off Date 10-10-2025 11:00 am
Capacity 680
Registered 0
Available Place 680
Senior Citizens 34
Veterans 31
Youth 613
Women 395
Location SMK WANGSA MELAWATI

We are no longer accepting registration for this event