Program Hari Sukan Negara (HSN) peringkat SMK Machang merupakan satu inisiatif yang bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Penganjuran HSN ini menjadi wadah untuk menggalakkan warga SMK Machang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan secara aktif. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan berbentuk pertandingan bagi menarik minat murid khususnya, dan warga sekolah amnya supaya menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah senamrobik perdana, pertandingan sepakan penalti antara kelas melibatkan murid Tingkatan 1 hingga 5, pertandingan sepakan penalti antara pelajar tingkatan 6 dan guru, pertandingan petanque dan sukaneka untuk murid-murid PPKI. Tiga hadiah disediakan untuk setiap pertandingan. Program berjalan mengikut jadual yang tetah ditetapkan. Program HSN Peringkat SMK Machang mencapai objektif. Hasil pemerhatian dan pandangan daripada murid dan guru, mereka 'enjoy' mengikuti aktiviti yang diadakan sempena HSN. Mereka berpendapat program seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa kerana dapat menghilangkan stres atau tekanan. Program HSN diharapkan dapat melahirkan modal insan yang sihat dan cergas demi pembangunan negara pada masa hadapan. "Badan Sihat Minda Cerdas"
Event Date
10-10-2026 7:30 am - 11:20 am
Capacity
920
Registered
0
Available Place
920
Individual Price
Free
We are no longer accepting registration for this event