Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK MACHANG 2026

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK MACHANG 2026 Program Hari Sukan Negara (HSN) peringkat SMK Machang merupakan satu inisiatif yang bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Penganjuran HSN ini menjadi wadah untuk menggalakkan warga SMK Machang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan secara aktif.  Pelbagai aktiviti telah dianjurkan berbentuk pertandingan bagi menarik minat murid khususnya, dan warga sekolah amnya supaya menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah senamrobik perdana, pertandingan sepakan penalti antara kelas melibatkan murid Tingkatan 1 hingga 5, pertandingan sepakan penalti antara pelajar tingkatan 6 dan guru, pertandingan petanque dan sukaneka untuk murid-murid PPKI. Tiga hadiah disediakan untuk setiap pertandingan. Program berjalan mengikut jadual yang tetah ditetapkan. Program HSN Peringkat SMK Machang mencapai objektif. Hasil pemerhatian dan pandangan daripada murid dan guru, mereka  'enjoy' mengikuti aktiviti yang diadakan sempena HSN. Mereka berpendapat program seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa kerana dapat menghilangkan stres atau tekanan. Program HSN diharapkan dapat melahirkan modal insan yang sihat dan cergas demi pembangunan negara pada masa hadapan.  "Badan Sihat Minda Cerdas"  

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:30 am - 11:20 am
Capacity 920
Registered 0
Available Place 920
Individual Price Free
Location SMK MACHANG

We are no longer accepting registration for this event