Program Hari Sukan Negara Peringkat SMK Kiaramas
1.0 PENGENALAN Sambutan Hari Sukan Negara bermula pada 11 Oktober 2024 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup dan juga bersukan dengan mengamalkan gaya hidup norma baharu. 2.0 RASIONAL Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal ihsan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah. 3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti – aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid. 3.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesity dalam kalangan warga sekolah. 3.4 Menerapkan gaya hidup norma baharu dalam bersukan di kalangan murid. 4.0 PENGELOLA Unit Kokurikulum, SMK Kiaramas 5.0 BILANGAN PEGAWAI TERLIBAT Semua Guru SMK Kiaramas 6.0 PERUNTUKAN - Tiada – 7.0 ATUR CARA PROGRAM MASA PERKARA TEMPAT 7.50 Pagi Murid berkumpul di dewan SMK Kiaramas Dewan Sekolah 8.00 Pagi Senamrobik Dewan Sekolah 9.00 Pagi Pertandingan Bola Jaring Pertandingan Futsal Dewan Sekolah Dataran Sekolah 12.00 Tengah Hari Bersurai 8.0 SENARAI NAMA MURID DAN SEKOLAH YANG TERBLIBAT 8.1 Jumlah Penyertaan Peserta: JANTINA / BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH LELAKI 338 3 25 34 400 PEREMPUAN 303 2 18 34 357 JUMLAH 641 5 43 68 757 8.2 Peratusan Penyertaan Peserta: JANTINA / BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH LELAKI 338 3 25 34 400 PEREMPUAN 303 2 18 34 357 JUMLAH 100% 100% 100% 100% 100% 8.3 Jenis, Gred dan Lokasi Sekolah: JENIS SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan GRED SEKOLAH B LOKASI SEKOLAH BANDAR 9.0 KEKUATAN, KELEMAHAN, PENAMBAIKAN, WAY FORWARD 9.1 KEKUATAN PROGRAM Pelibatan program ini adalah secara melibatkan secara menyeluruh. Semua warga sekolah iaitu guru, Ahli Kumpulan Pelaksana dan murid – murid aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Inkusif mengambil bahagian. Ahli Jawatankuasa Kerja progam juga melibatkan semua guru sekolah dan Ahli Kumpulan Pelaksana. Program ini telah memberikan satu peluang kepada warga sekolah untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program, di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga mempunyai Pelan B sekiranya hari hujan pada hari tersebut. Ini bermaksud program ini tetap akan berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Namun demikian, cuaca pada hari tersebut sangat baik untuk pelaksanaan Program Hari Sukan Negara. 9.2 KELEMAHAN PROGRAM Agihan tugas adalah kurang berkesan di mana bilangan staf SMK Kiaramas tidak dapat menampung program yang lebih besar. 9.3 PENAMBAHBAIKAN Pengisian program pula perlu ditambah dengan aktiviti lain seperti kempen kesedaran pemakanan sihat atau pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 9.4 WAY FORWARD Cadangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang adalah penetapan tema pada setiap tahun, misalnya sukan rakyat, permainan tradisional, sukan elit dan banyak lagi supaya pengisiannya lebih menarik dan kreatif. 10.0 LAMPIRAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK KIARAMAS TAHUN 2024 TARIKH: 11 OKTOBER 2024 (JUMAAT) MASA: 7:40 PAGI – 12:00 TGH HARI TEMPAT: DEWAN SMK KIARAMAS (ZARIFAH AISYAH BINTI ZAMBERI) Penolong Setiausaha Sukan SMK Kiaramas. MOHAMAD
Disemak oleh,
SHAPE \* MERGEFORMAT
(
NUR SHAFRIZAN BINTI SENA BUL
)
GPK Kokurikulum, SMK Kiarmas. Disahkan oleh; (SITI MUTI’AH BINTI HAIRAN) Pengetua, SMK Kiaramas.
Event Information
Event Date | 11-10-2024 7:40 am |
Event End Date | 11-10-2024 12:00 pm |
Capacity | 800 |
Registered | 0 |
Available Place | 800 |
Youth | 760 |
Women | 65 |
Children | tiada |