SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKCGL

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKCGL   FORMAT LAPORAN PROGRAM KECERGASAN KPM PERINGKAT NEGERI/SEKOLAH/DAERAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024  Perincian Program Nama Program :SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA  SKCGL Tarikh                : 11 Oktober 2024 Tempat                : Padang SKCGL Masa                   : 7.40 pagi – 6.00 petang Pengelola           : Unit Sukan & Kokurikulum SKCGL   2. Pengenalan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan acara tahunan yang dijalankan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan murid. HSN merupakan acara tahunan yang dijalankan di peringkat KPM, JPN, dan PPD seterusnya ke semua sekolah pada hari sabtu minggu ke-2 bulan Oktober setiap tahun. HSN merupakan satu program sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan   3. Rasional   3.1. Memperkenalkan murid kepada kepentingan gaya hidup sihat dan aktif sejak awal. 3.2. Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan, mengasah minat dan bakat. 3.3. Sukan membantu membentuk nilai-nilai seperti kerjasama, disiplin, dan semangat juang. 3.4. Aktiviti sukan memperbaiki kemahiran fizikal dan koordinasi motor murid. 3.5. Hari Sukan menggalakkan interaksi sosial dan semangat kekitaan di kalangan murid.     4. Objektif 4.1 Melahirkan murid yang sihat dan melakukan gaya hidup sihat. 4.2 Mencari wakil murid untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.     5. Pengelola Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane     6. Bilangan Pegawai Terlibat Guru dan staf: 52 orang       7. Peruntukan Tiada     8. Acara Yang Dipertandingkan Teng -teng, Boling kelapa, Lompat getah, Tarik upeh, Lari dalam guni     9. Hadiah Tiada     10. Pemenang Tiada     11.  Penyertaan: 793 orang murid SK Convent Green Lane Peringkat : Sekolah             12. Kekuatan:  12.1. Semua pelajar diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti, tanpa mengira tahap kemahiran. 12.2. Mencari dan menggalakkan bakat sukan di kalangan murid, yang mungkin boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi. 12.3. Sukan mengajar nilai-nilai seperti disiplin, kepimpinan, dan semangat berpasukan, yang penting dalam kehidupan.       Kelemahan: 12.4. Kekurangan kemudahan portable speaker dan pentas menyebabkan pemandangan dan pendengaran murid terhad semasa aktiviti pemanasan badan dan senamrobik. 12.5.Faktor cuaca menyebabkan keadaan padang agak licin yang boleh membawa kepada kecederaan murid       Penambahbaikan: 12.6 Memastikan sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi dan selamat untuk pelaksanaan aktiviti sukan. 12.7 Menetapkan garis panduan keselamatan yang jelas dan memastikan semua aktiviti dijalankan dalam persekitaran yang selamat.     Way Forward: 12.8 Mengumpul maklum balas dari murid dan guru selepas acara untuk memahami pengalaman mereka dan mencari cara untuk memperbaiki. 12.9 Mewujudkan sistem pengiktirafan untuk murid yang menyertai aktiviti sukan secara aktif, mendorong penyertaan berterusan.     13. Gambar program/kejohanan: https://photos.app.goo.gl/qURSsvKRzG1DpfZg9    

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:40 am
Event End Date 11-10-2024 6:00 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Youth 10
Women 42
Children 793
Location SK CONVENT GREEN LANE

We are no longer accepting registration for this event