
Pada pukul 7.15 pagi murid berkumpul di dewan dan memulakan pendaftaran. Pada pukul 7.30 pagi aktiviti senamrobik diadakan kepada semua murid dengan kepimpinan cikgu Kalaiarasi dan Cikgu Nalina. Seepas itu murid dibawah mengikut kelas kepada kawasan mula merentas desa pada pukul 8.15 pagi dan memulakan acara merentas desa. Murid tahap 1 melarikan sejauh 2.3km untuk menyempurnakan larian merentas desa dan murid tahap 2 lari sejauh 3.3km untuk menyempurnakan larian merentas desa. Semua murid telah tiba ke sekolah pada pukul 9.00 pagi. Setelah itu semua murid diberi waktu selama 10 minit untuk merehatkan diri dan kumpul semula di dewan pada 9.10 pagi. Acara Perasmian dan penyampaian hadiah telah mula pada pukul 9.15 sepertimana dirancang. Acara ini dirasmi oleh En. Abdullah bin Kadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah SPS, Pegawai Perhubungan Sekolah(PROSA). Kejohanan ini tamat pada 10.00 pagi dan semua murid mengikuti PDPC seperti biasa setalah itu.