Merentas Desa

Merentas Desa Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam (merentas desa) telah diadakan pada hari Sabtu  bersamaan  12 Oktober 2024  bertempat di padang SKBA dan Laluan di sekitar kawasan Kampung Contoh. Pendaftaran bermula pada pukul 7.35  pagi dengan  kehadiran  semua murid tahap 1 dan tahap 2, guru-guru serta warga SK Bagan Ajam bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Negara. Program dimulakan dengan taklimat  perjalanan Hari Sukan Negara yang disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi b Mohd Yusof di Dewan Terbuka SKBA. Semua murid dan tetamu yang hadir seterusnya melakukan senamrobik yang diketuai oleh Pegawai-pegawai Perpustakaan Desa, Bagan Ajam. Pada pukul 8.30 pagi acara merentas desa dimulakan. Larian merentas desa dimulakan dengan murid-murid pra sekolah seterusnya murid-murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Seterusnya acara Merentas Desa diteruskan dengan murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Seterusnya larian merentas desa disambung pula dengan melepaskan murid lelaki tahap 2 yang dimulai dengan murid tahun 4 diikuti tahun 5 dan seterusnya tahun 6.

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:30 am
Event End Date 12-10-2024 11:00 am
Capacity 515
Registered 0
Available Place 515
Senior Citizens 48
Children 515
Location SK BAGAN AJAM

We are no longer accepting registration for this event