KEJOHANAN MERENTAS DESA 2024
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2024
SJKC CHONG CHENG
PENGENALAN
Acara Merentas Desa merupakan acara tahunan yang diadakan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas. Melalui program ini, pelbagai pengalaman berharga yang boleh diperoleh oleh para peserta yang boleh membantu dalam pemantapan sahsiah dan kemahiran kendiri pelajar.
Acara Merentas Desa yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh semua warga SJK (C) Chong Cheng, Sungai Ara. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan dan dibuka kepada para murid Tahun 4, 5 dan 6. Sepuluh peserta terpantas dalam setiap kumpulan akan diberikan hadiah berupa pingat sebagai ganjaran.
RASIONAL
Kejohanan Merentas Desa yang dicadangkan ini merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai mana yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. yang mahu melibatkan murid dalam Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Disamping itu acara ini difikirkan memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat mereka serta memupuk budaya gaya hidup sihat dalam diri pelajar. Oleh itu, penganjuran acara seperti ini secara tidak langsung dapat menjurus ke arah kecemerlangan kualiti pelajar dan pencapaian kokurikulum di sekolah ini.
OBJEKTIF
a) Meningkatkan kecergasan jasmani
b) Membentuk sahsiah, jati diri,disiplin dan nilai murni
c) Memupuk perpaduan di antara kaum
d) Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
e) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
KEKUATAN
1) Kerjasama erat daripada guru-guru SJKC Chong Cheng menjayakan kejohanan merentas desa.
2) Guru-guru SJKC Chong Cheng mendapat taklimat tentang tugas sebelum Kejohanan Merentas Desa diadakan.
3) Murid-murid SJKC Chong Cheng mendapat taklimat keselamatan sebelum Kejohanan Merentas Desa diadakan.
4) Penolong Kanan Kokurikulum membeli taklimat kepada intel volunteers secara google meet sebelum merentas desa dijalankan.
5) Murid melakukan senamrobik untuk aktiviti meregangkan badan sebelum memulakan larian merentas desa.
6) Terdapat petunjuk arah bagi laluan merentas desa.
7) Mendapat bantuan daripada 111 orang Intel Volunteers dan 10 sukarelawan ibubapa untuk membantu mengawal lalu lintas laluan merentas desa.
KELEMAHAN
1) Murid tidak melakukan pra larian merentas desa.
2) Murid mulakan larian merentas desa dahulu sebelum mendapat isyarat daripada pegawai teknik Kejohanan Merentas Desa.
3) Murid yang telah selesai melakukan merentas desa agak tidak terkawal.
4) Ketidakhadiran polis trafik walaupun pihak sekolah sudah menghantar surat ke ibu pejabat Balai Polis Balik Pulau .
PENAMBAHBAIKAN
1) Murid perlu melakukan pra larian merentas desa sebagai persediaan dan pendedahan mengenai laluan merentas desa.
2) Pelepas perlu mendapat isyarat daripada pegawai teknik Kejohanan Merentas Desa sebelum melepaskan murid untuk larian merentas desa demi keselamatan murid.
3) Perlu ada taklimat bersama sukarelawan ibubapa dan pengurus kejohanan.
4) Murid-murid yang telah selesai membuat larian merentas desa perlu dikawal supaya dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.
Event Information
Event Date | 11-10-2024 7:40 am |
Event End Date | 11-10-2024 9:40 am |
Cut Off Date | 09-10-2024 7:40 am |
Capacity | 1311 |
Registered | 0 |
Available Place | 1311 |
Youth | 111 |
Women | 20 |
Children | 1180 |
Location | SJKC CHONG CHENG |