
Dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta menyambut usaha membudayakan sukan dalam kalangan Masyarakat Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan sentiasa berganding bahu mewujudkan suasana dan mempelbagaikan aktiviti kesihatan dan kecergasan dalam merealisasikan hasrat tersebut. Aktiviti sukan dan kokurikulum berbentuk karnival serta sambutan Hari Sukan Negara merupakan salah satu wadah penting menarik minat murid mengutamakan gaya hidup sihat dan cergas seterusnya membudayakan sukan dalam kalangan Masyarakat Malaysia.