HARI SUKAN NEGARA SK KAMPUNG BARU

HARI SUKAN NEGARA SK KAMPUNG BARU Program Hari Sukan Negara ini dilangsungkan pada hari Jumaat (11/10/2024) bermula 11.00 pagi. Acara dimulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku', lagu negeri Pulau Pinang dan diikuti lagu SK Kampung Baru. Encik Abdul Halim bin Abu Hassan selaku PK Kokurikulum SK Kampung Baru merasmikan acara ini dengan memberi kata semangat kepada para murid dan guru untuk menyertai acara yang bakal dipertandingkan.  Seterusnya, program Hari Sukan Negara peringkat SK Kampung Baru, dimulai dengan acara Senamrobik yang diketuai oleh murid Tahun 1 hingga 6 dan diikuti oleh acara Sukaneka Pra-sekolah dan Tahap 1 serta Sukaneka Tahap 2. Semua murid SK Kampung Baru bersama semua guru serta kakitangan pentadbiran menyertai acara yang telah diadakan. Acara yang dipertandingkan ialah 'Membawa Obor Bola' dan 'Tarik bola guna gelung' bagi Pra-sekolah, 'Larian Zirafah' dan 'Musang Berjanggut' disertai oleh Tahap 1 dan 'Larian Zirafah dan Gajah' dan 'Pecahkan Belon' bagi Tahap 2. Acara - acara ini turut disertai oleh beberapa guru lelaki dan perempuan pilihan murid. Acara tamat sekitar jam 11.00 pagi. Semua murid masuk kelas masing - masing untuk menjalani sesi pembelajaran seperti biasa.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:40 am
Event End Date 11-10-2024 11:00 am
Cut Off Date 11-10-2024 7:40 am
Capacity 123
Registered 0
Available Place 123
Youth 18
Persons with Disabilities (OKU) 1
Children 105
Location SK KAMPUNG BARU

We are no longer accepting registration for this event