
Hari Sukan Negara (HSN) adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup masyarakat Malaysia. Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Hari Sukan Negara peringkat SK Hutchings merupakan platform penting untuk memupuk semangat kesukanan dan kecergasan dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti sukan diadakan, seperti senamrobik,bola sepak, bola jaring, dan acara olahraga lain. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan pelajar untuk aktif secara fizikal, tetapi juga memperkukuh ikatan persahabatan dan kerja berpasukan. Dengan melibatkan murid dalam sukan, kita dapat memupuk disiplin, semangat kesukanan, dan gaya hidup sihat yang berterusan. Sambutan ini juga memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang sukan.