Hari Sukan Negara dan Segak Mega

Hari Sukan Negara dan Segak Mega Aktiviti yang dilaksanakan bermula pada awal pagi iaitu pada pukul 7:30 am dan berakhir pada 12:00 tengah hari. Segala aktiviti yang terkandung dilaksanakan di Dewan terbuka sekolah yang berbumbung dan mempunyai pengudaraan yang baik. Pada pukul 7:30 am hingga 8:00 am, aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik yang melibatkan semua guru-guru dan murid-murid. Senamrobik tersebut melibatkan pergerakan aerobik untuk kesediaan tubuh badan bagi meneruskan keseluruhan aktiviti. Pada pukul 8:00 am hingga 8:20 am, pelajar mendengar taklimat Hari Sukan Negara yang disampaikan oleh penyelaras sukan tentang kepentingan gaya hidup aktif. pada pukul 8:20 am hingga 10:00 am, aktiviti ujian Segak Mega dilaksanakan secara serentak melibatkan semua murid-murid. Pelaksanaan Segak secara pusingan yang melibatkan beberapa stesyen ujian. Setiap stesyen ditugaskan oleh guru-guru berkenaan untuk menguruskan ujian tertentu. Pada pukul 10:00 am hingga 10:30 am, murid-murid dibenarkan rehat di kantin dan makan makanan kantin seperti biasa. Pada pukul 10:30 am hingga 11:30 am, murid-murid kembali ke dewan untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Sukaneka. Sukaneka yang dirancang adalah berbentuk laluan rintangan. Murid-murid dikehendaki melepasi kesemua rintangan sehingga habis untuk dikira layak menerima markah. Pengiraan markah ditentukan oleh masa yang diambil untuk menamatkan rintangan tersebut dan kualiti kemahiran yang ditonjolkan. Guru akan mendemostrasikan setiap perlakuan dan kemahiran yang perlu dilaksanakan bagi setiap rintangan itu. Penglibatan murid adalah secara terbuka dan tiada kategori umur. Pada pukul 11:30 am hingga 12:00 tengah hari, pengetua sekolah memberikan ucapan dan taklimat kepada pelajar. Pada pukul 12:00 tengah hari elajar boleh bersurai dan pulang.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:30 am
Event End Date 11-10-2024 12:00 pm
Cut Off Date 22-10-2024
Capacity 210
Registered 0
Available Place 210

We are no longer accepting registration for this event