Cabaran Aksi Hari Sukan Negara
CABARAN AKSI HARI SUKAN NEGARA
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara dengan penuh meriah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan murid-murid berkeperluan pendidikan khas dan warga sekolah.
Tema sambutan pada tahun ini ialah Cabaran Aksi. Sebelum memulakan Cabaran Aksi guru dan murid terlebih dahulu melakukan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh barisan guru dari Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Antara aktiviti utama yang paling dinanti-nantikan ialah Cabaran Aksi. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bergerak ke 5 stesen Cabaran Aksi. Stesen pertama ialah larian cabaran formula one, stesen ke-2 ialah skor hebat, stesen ke-3 ialah lontar tepat, stesen ke -4 ialah soft landing dan stesen ke-5 ialah tuju dan pecah. Semua aktiviti ini dirancang bersesuaian dengan murid MBPK penglihan dan Pembelajaran yang ada di sekolah ini.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik kerana ia tidak hanya menguji keupayaan fizikal tetapi juga memberikan pengalaman sukan yang menyeronokkan kepada setiap peserta. Setiap aktiviti diatur dengan baik untuk memastikan bahawa semua murid, tanpa mengira tahap keupayaan mereka, dapat menyertai acara sukan ini dengan penuh semangat dan gembira.
Keseluruhan program ini berjaya mencapai matlamatnya, iaitu bukan sahaja untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan, tetapi juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid, guru-guru, dan ibu bapa. Sambutan Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma tahun ini sememangnya mencipta kenangan indah dan memberi pengalaman sukan yang tidak dapat dilupakan buat semua yang terlibat.
Event Information
Event Date | 10-10-2024 |
Event End Date | 10-10-2024 |
Cut Off Date | 10-10-2024 |
Capacity | 61 |
Registered | 0 |
Available Place | 61 |
Veterans | 27 |
Youth | 3 |
Persons with Disabilities (OKU) | 31 |
Children | 31 |