SMK KEAT HWA 2, ALOR SETAR

SMK KEAT HWA 2, ALOR SETAR SMK Keat Hwa 2 (Alor Setar, Kedah) telah mengadakan tiga aktiviti kecergasan sempena Hari Sukan Negara 2024 pada 13 Oktober yang lalu. Aktiviti 1 ialah senamrobik bagi semua murid tingkatan 5 yang dilaksanakan di dewan besar iaitu Dewan Seri Abadi. Aktiviti 2 ialah penyertaan bagi semua murid tingkatan 3 dan 4 melalui aktiviti Sayang Bola, yang mana murid perlu melakukan kemahiran asas bagi bola sepak, bola tampar, dan bola ragby. Aktiviti 3 pula ialah lompat tali bagi semua murid peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2. Semua acara mendapat sambutan yang sangat menggalakan. Semua murid dan juga guru melakukan bersama-sama dengan penuh minat dan semangat kesukanan.

Event Information

Event Date 13-10-2024 8:00 am
Event End Date 13-10-2024 10:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Location SMK KEAT HWA 2

We are no longer accepting registration for this event