
UN RUN MPSPK JELAJAH ANMS HARI SUKAN NEGARA
12 Oktober 2024 - Penganjuran Fun Run MPSPK Jelajah ANMS pada kali ini mendapat sambutan hangat daripada lebih 300 orang peserta pelbagai peringkat umur dan bangsa.
Kesemua peserta dilepaskan jam 7.30 pagi oleh Pegawai Daerah Kuala Muda Dato’ Haji Gafar bin Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Kamarol Azlan bin Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dr. Mohd Amin bin Ali. Fun Run ini dimulakan dari Taman Jubli Perak mengelilingi Jalan Pegawai dan Jalan Sungai Layar dengan jarak 4 kilometer.
Dalam pada itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang lain antaranya Pertandingan Memanah, Freestyle Football, Board Games, Sepak Raga Tuju dan Netball 3 on 3. Turut berlangsung Pertandingan Mewarna yang disertai oleh kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun. Kesemua acara ini diadakan bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Sambutan Hari Sukan Negara.