PROGRAM KECERGASAN KPM SEMPENA HSN 2024

Aktivti senamrobik telah dijalankan bagi menyahut seruan pelaksanaan Program Kcergasan KPM sempena Hari Sukan Negara 2024 di peringkat sekolah SMKPP14(1), Putrajaya. Aktiviti ini telah melibatkan semua warga sekolah yang berjumlah 1631 orang murid termasuk murid aliran perdana dan pendidikan khas serta 49 orang guru, pembantu makmal, pembantu murid dan juga tukang bersih sekolah. Aktiviti ini telah dilakukan di padang sekolah SMK Putrajaya Presint 14 (1) diketuai oleh Puan Isma dan dibantu oleh dua orang murid. Tujuan utama aktiviti senamrobik ini dipilih adalah kerana pergerakan yang senang diikuti oleh semua orang. Selain daripada itu, setiap pergerakan yang dilakukan adalah untuk memperbaiki fungsi kardiovaskular, menguatkan otot serta dapat meningkatkan fleksibiliti.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:30 am
Capacity 1680
Registered 0
Available Place 1680

We are no longer accepting registration for this event