
Objektif program ini dijalankan adalah bagi: Melengkapkan kakitangan BPL dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan situasi kecemasan sekiranya berlaku di tempat kerja. Pengetahuan dan kemahiran ini membolehkan kakitangan BPL memberikan bantuan segera kepada mangsa sebelum ketibaan bantuan perubatan profesional; Meningkatkan kesedaran bahawa setiap individu mempunyai peranan penting dalam menjaga keselamatan rakan sekerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat; Memupuk semangat esprit de corps dalam kalangan kakitangan BPL melalui tugasan secara berkumpulan semasa program dilaksanakan; dan Menganjurkan aktiviti riadah bersempena sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.