KEJOHANAN SUKAN TEMPUR SEMPENA HSN2024

PENGENALAN
Sukan tempur merupakan satu kontak kompetitif yang melibatkan pertempuran satu lawan satu. Ia merupakan kaedah berlawan dengan atau tanpa senjata. Sukan tempur bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin tinggi malah mendidik hati dan jiwa pengamalnya memupuk semangat cintakan tanah air, bangsa dan agama.
KAEDAH PELAKSANAAN
- Pelaksanaan kejohanan ini dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan penglibatan Agensi Kerajaan, sektor swasta, organisasi sosial dan persatuan-persatuan seni mempertahankan diri di peringkat Negeri/ Daerah/ Kawasan.
- Penyertaan kejohanan ini adalah terbuka kepada pertubuhan/ persatuan sukan yang mempunyai gabungan atau cawangan peringkat Negeri/ Daerah/ Kawasan.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 8:00 am |
Event End Date | 12-10-2024 8:00 pm |
Capacity | 500 |
Registered | 0 |
Available Place | 500 |
Location | BOULEVARD PRESINT 2 |