.jpeg)
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI
PUTRAJAYA, 12 Oktober 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Kementerian Dalam Negeri telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di pekarangan Kompleks Setia Perkasa. Perbagai acara sukan telah diadakan seperti senamrobik, lari atas tempurung, sepak bulu ayam, dan bagi acara kanak-kanak pula aktiviti mewarna, gelung, rebut gula-gula dan cabutan bertuah.
Sambutan ini juga dimeriahkan dengan pertandingan pancaragam antara jabatan dan agensi KDN yang dimenangi oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai johan, tempat kedua Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tempat ketiga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan saguhati Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA).
Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Setiausaha-setiausaha Bahagian KDN dan warga KDN.
#KeselamatanTanggungjawabBersama#KDNMADANI#HSN2024