
Hari Kejohanan Olahraga merupakan salah satu program tahunan sekolah SJKC Yoke Hua Air Mawang yang melibatkan semua warga sekolah. Sukan merupakan satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran tentang kepentingan sukan kepada semua warga sekolah. Kami bercadang untuk terus mengadakan Hari Kejohanan Olahraga Sekolah seperti tahun-tahun lepas supaya dapat memanfaatkan murid-murid.