Senamrobik dan Permainan sempena Hari Sukan Negara

Senamrobik dan Permainan sempena Hari Sukan Negara KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA   SEKOLAH KEBANGSAAN BARI, SUNGAI TONG   1. PENDAHULUAN Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong, turut menyokong inisiatif ini dengan menganjurkan program Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar dan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.   2. OBJEKTIF Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat. Menggalakkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Membina hubungan kerjasama antara pelajar, guru, dan komuniti setempat.   3. TARIKH, MASA & TEMPAT Tarikh: 13 Oktober 2024 Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong   4. JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi: Encik Faizal Bin Din Naib Pengerusi I: Encik W Mohd Zuhdi bin W Mohd Amin (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi II:Pn. Mariati binti Sulaiman (GPK Pentadbiran) Naib Penegrusi III:Pn. Murniyati binti Ramali (GPK Hal Ehwal Murid) Setiausaha:Encik Mohd Farid bin Yusof       Ahli Jawatankuasa: 1.Soleh bin Mohd Noor 2.Ustaz Zaidi bin Yahya 3.Nazri bin Mustafa 4.Mohd Helmy Ridhuan bin Rusli 5.Cik Norhamizah binti Omar 6.Pn.Latifah binti Lateh 7.Pn. Zuraini binti Muhammad       5. TENTATIF PROGRAM 8:00 pagi: Ketibaan pelajar, guru dan tetamu jemputan 8:30 pagi: Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar 9:00 pagi: Perasmian Hari Sukan Negara oleh Guru Besar 9:10 pagi: Senamrobik 9:30 pagi: Pertandingan Sukan (Bola Katok) 10:30 pagi:Rehat 11:00 pagi: Pertandingan Sukan ( Bola Bayang) 12.00 tgh:Majlis Penyampaian hadiah dan penutup.   6. ANGGARAN PERBELANJAAN   Bil        Perkara Kuantiti            Kos (RM) 1          Hamper                        6 set     200 2          Bola Dodge Ball           2 Biji    100 3          Minuman                    32 org   64 4          Banting                         2 unit   60 Jumlah                                                  424   7. PENUTUP Program Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong, diharap dapat meningkatkan semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Program ini juga akan mengeratkan hubungan antara pelajar, guru, dan masyarakat setempat. Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.   Disediakan oleh:   Nama: En. Mohd Farid bin Yusof Jawatan: Setiausaha Sukan Tarikh: 7 Oktober 2024   Disemak oleh: Nama:Encik Faizal bin Din Jawatan: Guru Besar SK Bari Sungai Tong Tarikh: 10 Oktober 2024

Event Information

Event Date 13-10-2024 8:00 am
Event End Date 13-10-2024 1:00 am
Cut Off Date 13-10-2024 7:30 am
Capacity 45
Registered 0
Available Place 45
Veterans 7
Persons with Disabilities (OKU) 2
Women 6
Children 32
Location SK KAMPUNG BARI SUNGAI TONG

We are no longer accepting registration for this event