Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn

	Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn Tarikh: 10 Oktober 2025 Hari: Jumaat Masa: - Sesi Pagi: 7.30 pagi – 9.15 pagi - Sesi Petang: 2.30 petang – 4.00 petang Tempat: Dewan Terbuka SMK Desa Tun Hussein Onn Anjuran: Unit Sukan dan Kokurikulum SMK Desa Tun Hussein Onn   Pengenalan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang disambut di seluruh negara bagi memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Selaras dengan hasrat tersebut, SMK Desa Tun Hussein Onn telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah pada 10 Oktober 2025. Program ini bertujuan menggalakkan warga sekolah, khususnya murid, untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan.   Objektif Program Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan murid. Menggalakkan penyertaan aktif warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Membentuk gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan. Menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan.   Sasaran Penyertaan Semua murid dan guru SMK Desa Tun Hussein Onn bagi sesi pagi dan sesi petang.   Aktiviti Dijalankan Aktiviti utama yang dijalankan ialah Pertandingan Skipping antara kelas. Setiap kelas menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini, dan pemenang dipilih berdasarkan jumlah lompatan terbanyak dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, sesi regangan ringan turut dijalankan sebelum pertandingan bermula bagi memastikan keselamatan dan kecergasan peserta terjamin.   Ringkasan Pelaksanaan Aktiviti Program dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penolong Kanan Kokurikulum yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat. Seterusnya, aktiviti pemanasan badan dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani. Pertandingan skipping bermula tepat pada waktunya bagi kedua-dua sesi — pagi dan petang — dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para murid. Suasana program berlangsung dalam keadaan meriah dan penuh semangat kesukanan. Guru-guru bertugas turut memainkan peranan sebagai pengadil dan pencatat markah. Rumusan Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2025 di SMK Desa Tun Hussein Onn telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dirancang. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid serta warga sekolah.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 9:15 am
Cut Off Date 09-10-2025
Capacity 1100
Registered 0
Available Place 1100
Youth 1000
Women 78
Location Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn

We are no longer accepting registration for this event