
TAJUK: SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI, TAHUN 2024. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Usaha ini adalah untuk mencapai hasrat kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mengamalkan budaya hidup bersukan. Pelaksanaan HSN di peringkat sekolah adalah sangat sesuai untuk menyemai budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah dan murid khasnya. Pelaksanaan aktiviti ini juga selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial melalui penglibatan murid dalam aktiviti sukan ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia yang cemerlang. OBJEKTIF PROGRAM: (1) Meningkatkan minat budaya bersukan dalam kalangan peserta. (2) Meningkatkan tahap kesihatan peserta. (3) Meningkatkan kadar produkriviti harian peserta. Dan (4) Menyuntik minat dan motivasi kepada para peserta untuk terlibat dalam aktiviti fizikal dengan lebih aktif. KUMPULAN SASAR: Semua warga SMK Wangsa Melawati sesi akakdemik 2024/2025 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM: Tarikh 11 Oktober 2024, Hari Jumaat, Masa 07.30 pagi – 12.30 tengah hari, Tempat di SMK Wangsa Melawati. PENUTUP: Adalah diharapkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat SMK Wangsa Melawati tahun 2024 ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SMK Wangsa Melawati.