
Hari Sukan Negara dan Program 1 Murid 1 Sukan diadakan adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia Dan Sukan bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan serta mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Program Hari Sukan Negara dan Program 1 Murid 1 Sukan di sekolah pula merupakan program tahunan iaitu suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan semua murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Justeru itu, diharapkan dengan adanya program ini, ianya mampu menggilap bakat murid dalam bidang kokurikulum.