
1.0 Pengenalan
Hari Sukan Negara (HSN) adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan pada hari Sabtu, minggu kedua bulan Oktober setiap tahun bagi menggalakkan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan hasrat ini, Sekolah Kebangsaan Sungai Besi bercadang untuk melaksanakan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bertemakan permainan dalaman.
2.0 Rasional
Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Besi ini bertujuan untuk:
· Menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan Hari Sukan Negara.
· Menggalakkan penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan, terutamanya yang kurang cenderung kepada sukan luar.
· Memperkenalkan dan mengembangkan potensi murid dalam permainan yang memerlukan strategi, fokus, dan pemikiran kritikal.
· Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid melalui aktiviti santai yang berfaedah.
3.0 Objektif
Setelah selesai program, murid-murid dapat:
● Membudayakan sukan dan aktiviti fizikal sebagai amalan gaya hidup sihat.
● Mencungkil bakat baharu murid dalam bidang permainan dalaman seperti catur, karom, dan dam.
● Meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi, dan semangat kesukanan (fair play) dalam kalangan murid.
● Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat, bagi mengelakkan murid terjebak dengan gejala tidak sihat.
4.0 Butiran Program
Aspek
Perincian
Nama Program
Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat
SK Sungai Besi 2025
Tarikh/ Hari
11 Oktober 2025 (Sabtu)
Tema
Permainan Dalaman
Kumpulan
Sasaran
Semua pentadbir, guru – guru serta
semua murid SK Sungai Besi
Tempat
Dewan Budiman, kelas, dan bilik – bilik khas
5.0 Senarai Cadangan Aktiviti
Kategori
Murid Sasaran
Cadangan Permainan
Permainan Kad
Murid tahun 1 dan 2
Permainan Kad Uno, Happy Family dan Donkey.
Permainan Papan
(Board Games)
Murid tahun 3 dan 4
Permainan Sahibba, Dam Ular, Catur, Jutaria, Monopoli dan Carom.
Permainan Dalaman dan Tradisional
Murid tahun 5 dan 6
Permainan Ketingting, Jentik Penutup Botol, Lontar Guli, Batu Seremban, Congkak
6.0 Tentatif Program
Masa
Aktiviti
Lokasi
Catatan/ Tindakan
7:30 pagi
Pendaftaran
(Google Form)
Dewan Budiman
Guru kelas mengambil kehadiran murid.
7:40 pagi
Senamrobik
Dewan Budiman
Ajk Senamrobik
7:50 pagi
Taklimat oleh SU Sukan
Dewan Sekolah
SU Sukan
8:00 pagi
Pergerakan murid ke lokasi – lokasi yang telah ditetapkan.
Dewan Sekolah, kelas, dan bilik – bilik khas.
Semua guru
8:15 pagi
Penerangan Peraturan Permainan dan pembahagian Kumpulan murid oleh guru bertugas di setiap stesen.
Dewan Sekolah, kelas, dan bilik – bilik khas.
Guru bertugas di lokasi masing – masing.
8:30 pagi
Murid – murid bermain permainan yang telah ditetapkan.
Dewan Sekolah, kelas, dan bilik – bilik khas.
Guru bertugas di lokasi masing – masing.
10:30 pagi
Permainan selesai.
Murid bersurai.
Dewan Sekolah, kelas, dan bilik – bilik khas.
Semua guru
7.0 Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa
Pelaksana
Pengerusi
ü Pn. Nora binti Haji Akir
Naib Pengerusi
ü En. Norhaidi bin Sarponen
ü Pn. Noratipah binti Mustafa
ü Pn. Sharipah Musalmah binti Syed Hashim
Setiausaha
ü En. Mohd Hanif bin Che Mahadi
Naib Setiausaha
ü En. Aliff Najmie bin Mohd Khalid
AJK Siaraya
ü En. Mazroul bin Abu Zarim
ü En. Nasrulnizam bin Md tahir
AJK Permainan
Prasekolah: Pn. Tuan Zaiton binti Tuan Lah
Tahun 1:
ü Intan :
Pn. Asmunir binti Daud
ü Mutiara :
Pn. Nor Hafizawati binti Mokhtar
ü Zamrud :
Pn. Siti Suhaila binti Salim
ü Berlian:
Pn. Nor Azreen Eles binti Ab Ghani
Tahun 2:
ü Intan :
Pn. Sharifah binti Deraman
ü Mutiara :
En. Aliff Najmie bin Mohd Khalid
ü Zamrud :
Pn. Yusmarisha Airen binti Mohd Yusof
ü Berlian:
Pn. Mirza Batrisya binti Nasarudin
Tahun 3:
ü Intan:
Pn. Raja Maznani binti Raja Mamat
ü Mutiara:
Pn. Gomathi a/p Karanamuthi
ü Zamrud:
Pn. Faizah binti Hasan
ü Berlian:
En. Mohd Fadzreeq bin Mokti
Tahun 4:
ü Intan:
Pn. Nor Malai binti Hitam
ü Mutiara:
Pn. Mislinah binti Othman
ü Zamrud:
Pn. Nik Asma’ Ayuni binti Nik Lah
ü Berlian:
Pn. Noor Aini binti Yusof
Tahun 5:
ü Intan:
Cik Zatil Sarah Asyikin bt. Abd. Hamid
ü Mutiara:
Pn. Faridah binti Ngah
ü Zamrud:
Pn. Nur Izyan Farihah binti Alias
ü Berlian:
Pn. Wan Malina binti Wan Ismail
Tahun 6:
ü Intan:
Pn. Wan Hazifah binti Wan Mamat
ü Mutiara:
Pn. Siti Rashidah binti Muhammad
ü Zamrud:
Pn. Mariani binti Mohd Zain
AJK Dokumentasi
ü Pn. Zaharah binti Ismail
(Tahun 1dan 2)
ü Pn. Anudthida a/p Sut
(Tahun 3 dan 4)
ü Pn. Siti Aminah binti Mat Ali
(Tahun 5 dan 6)
AJK Senamrobik
ü Pn. Zahrinatul Fadhilah binti Zakaria
ü Pn. Yusmarisha Airen binti Mohd Yusof
ü Pn. Siti Suhaila binti Salim
ü Pn. Gomathi a/p Karanamuthi
ü Pn. Siti Rashidah binti Muhammad
AJK Fotografi
ü En. Haziq kamil bin Zakria
ü En. Irfan bin Zainuddin
ü En. Adriz bin Mohamad Abdul Latif
ü En. Syamsul Syamzari bin Saiden
· Semua guru kelas yang bertugas di setiap lokasi.
AJK Peralatan
ü En. Amir Mahmud bin Mustanjid
ü En. Hairulnizam bin Suleiman
ü En. Khairul Mezad bin Anzara Azman
ü En. Tengku Khairul Faizal bin Tunku Shahrin Yuslee
8.0 Penutup
Program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SK Sungai Besi 2025 bertemakan permainan dalaman ini diyakini akan dapat menarik minat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid SK Sungai Besi. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat diharapkan bagi menjayakan program ini.