
Penyertaan seramai 960 orang murid dan 99 orang guru telah terlibat pada program kali ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah senamrobik yang telah di kelola oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Parlimen Bukit Bintang. Dengan adanya kerjasama dan keterlibatan daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Parlimen Bukit Bintang pada tahun ini dalam pelaksanaan Program Hari Sukan Negara pada tahun 2025 ini, para pelajar dan guru yang terlibat memberikan respon yang positif dan sangat gembira dalam melakukan aktiviti Program Hari Sukan Negara pada tahun ini. Setinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan atas inisiatif dalam menggalakkan semua rakyat malaysia aktif secara sihat dengan mewujudkan program sebegini terutamanya di peringkat sekolah yang mana dapat memupuk minat murid untuk kekal aktif dalam kehidupan seterusnya dapat membentuk murid yang sihat rohani dan jasmani serta minda yang sihat.