
1.0 PENGENALAN
1.1 Program Hari Sukan Negara adalah program yang telah dirancang oleh Menteri Belia dan Sukan dan telah mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri. Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 12 Oktober 2024. Sebagai sokongan terhadap program tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua pihak di bawahnya termasuk pihak sekolah untuk sama - sama mengadakan program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Hari Sukan Negara juga adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.
2.0 RASIONAL
2.1 Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai suatu langkah proaktif dalam proses tranformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’. Ia juga dijadikan agenda nasional selari dengan matlamat Negara. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginmewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untukmenyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam hidupan yang lebih mencabar.Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggalakan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘MASS PARTICIPATION’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
3.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalanganwarga sekolah.
3.4 Memupuk budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan warga sekolah.