MERENTAS DESA DAN HARI SUKAN NEGARA

KELAYAKAN PESERTA   Pertandingan ini adalah terbuka kepada SEMUA PELAJAR yang berdaftar secara SAH dan sedang menuntut di SK Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua Guru / Ketua Pendaftaran Peserta mestilah memastikan pelajar yang akan menyertai Kejohanan ini berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Faktor kesihatan pelajar adalah KELAYAKAN UTAMA sebelum membenarkan pelajar untuk bertanding dalam Kejohanan Merentas Desa 2024 Peserta berdaftar SAH untuk pertandingan ini terdiri daripada seluruh murid SKTM. Pasukan Senior hendaklah terdiri daripada murid darjah  4 , 5 , 6 dan PPKI Tahap Tinggi sahaja. Pasukan Junior hendaklah terdiri daripada murid darjah  1 , 2 , 3 dan PPKI Tahap Rendah sahaja. Peserta Junior tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Bahagian Senior dan peserta Senior  juga tidak boleh mengambil bahagian dalam Bahagian Junior. Kategori Pertandingan dan jarak :    KATEGORI PERTANDINGAN & JARAK   Lelaki Senior : Khas untuk murid lelaki tahun 4, 5, 6 Sahaja : 5 km Perempuan Senior : Khas untuk murid perempuan tahun 4, 5, 6 sahaja. : 5 km Lelaki Junior : Khas untuk murid lelaki tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 sahaja. : 3 km Perempuan Junior : Khas untuk murid perempuan tahun 1, 2 dan  3 Sahaja. : 3 km Lelaki Junior PPKI : Khas untuk murid lelaki PPKI & PPI (Tahap Rendah) : 3 km Perempuan Junior PPKI : Khas untuk murid perempuan PPKI & PPI (Tahap Rendah): 3 km Lelaki Senior PPKI : Khas untuk murid lelaki PPKI & PPI (Tahap Tinggi) : 3 km Perempuan Senior PPKI : Khas untuk murid perempuan PPKI & PPI (Tahap Tinggi): 3 km PENDAFTARAN  KEJOHANAN & YURAN PESERTA    Pertandingan ini akan diadakan pada hari SABTU ( 12 Oktober 2024 ). Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada 7.30 – 8.00 pagi di Dewan Inspirasi Unggul (DIU) Sekolah Taman Maluri.    Ketua Pendaftaran Peserta hendaklah memastikan semua peserta mematuhi  etika berpakaian yang telah ditetapkan Risiko kecederaan ditanggung oleh peserta itu sendiri sekiranya mereka tidak mengenakan pakaian yang sesuai    Peserta menggunakan kasut / pakaian sukan semasa berlari. 6.6 Sebarang masalah, sila merujuk kepada AJK Teknikal.  Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada para peserta Kejohanan Merentas Desa 2024  

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 12:00 pm
Cut Off Date 12-10-2024 12:00 pm
Capacity 1154
Registered 0
Available Place 1154
Location Sekolah kebangsaan taman maluri

We are no longer accepting registration for this event