KEJOHANAN SUKANEKA HARI SUKAN NEGARA

KEJOHANAN SUKANEKA HARI SUKAN NEGARA Kejohanan Sukaneka memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukaneka, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah memperolehi pengalaman lain seperti bidang sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ini dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan mengadakan Kejohanan Sukaneka bertujuan menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui sukaneka ini juga diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Mega sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Event Information

Event Date 12-10-2024
Capacity Unlimited
Registered 0

We are no longer accepting registration for this event