
PENGENALAN Program Merentas Desa adalah satu program yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah. Selaras dengan kehendak kementerian supaya penglibatan murid secara menyeluruh berdasarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Semua murid diwajibkan menyertai acara ini. Pemarkahan akan diambil dari setiap murid yang dapat mengatasi pencapaian minima yang telah ditetapkan. OBJEKTIF PROGRAM Murid dapat meningkatkan kecergasan diri melalui kegiatan sukan. Melahirkan murid yang sihat dan cergas selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Meningkatkan integrasi di kalangan semua warga sekolah. 3.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid tingkatan Peralihan hingga tingkatan lima 4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 11 Oktober 2025 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi Tempat : Padang Sekolah SMK ( P ) Air Panas, KL