KEJOHANAN MERENTAS DESA SJKC MUN CHOONG (2)

Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan setiap tahun bagi menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bercadang untuk menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Sempena Hari Sukan Negara 2025 bagi melibatkan warga sekolah dalam aktiviti riadah yang sihat, mengeratkan silaturahim, serta membina semangat kesukanan. Matlamat program ini adalah untuk menyokong usaha kerajaan dalam memupuk budaya sukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat, khususnya warga sekolah. Penganjuran Kejohanan Merentas Desa ini diharap dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan komuniti setempat, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal demi kesihatan yang berpanjangan. Selain itu, program ini juga bertujuan mengangkat nama sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang proaktif dan komited dalam menganjurkan aktiviti berteraskan kesihatan, kecergasan, dan semangat kesukanan. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat kepada semua peserta. Dengan adanya penganjuran Kejohanan Merentas Desa ini, warga sekolah akan lebih terlibat dalam aktiviti riadah dan menyokong usaha kerajaan dalam menjayakan Hari Sukan Negara.  

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:15 am
Event End Date 10-10-2025 9:45 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Children 770
Location SJKC MUN CHOONG

We are no longer accepting registration for this event