
Kejohanan Merentas Desa Sempena Hari Sukan Negara telah berlangsung pada 11 Oktober 2025 iaitu pada hari Sabtu. Program yang melibatkan semua murid tahap 1 dan tahun 2, guru-guru dan staf sokongan serta penglibatan ibu bapa berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna. Kejohanan Merentas Desa bermula dengan bacaan doa, diikuti aktivti senamrobik dan seterusnya acara larian. Murid perlu membuat larian mengikut trek larian iaitu di sekitar Jalan Api-api, Taman Kepong. Penglibatan pasukan Polis Diraja Malaysia dan sukarelawan turut sama membantu bagi memastikan keadaan dalam terkawal dan selamat. Setelah selesai acara larian, Majlis Penutupan diadakan iaitu majlis penyampaian hadiah. Hadiah diberikan kepada 10 orang pemenang kategori lelaki dan perempuan dari setiap aliran bermula tahun 1 hingga tahun 6. Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak yang memenangi larian tersebut. Kesimpulannya Hari Sukan Negara ini mampu memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri murid disamping menyemai semangat kekitaan sepanjang program dijalankan.