KEJOHANAN MERENTAS DESA

KEJOHANAN MERENTAS DESA JAktiviti merentas desa merupakan sukan larian jarak sederhana. Secara amnya aktiviti merentas desa diadakan ditempat terbuka sama ada di taman rekreasi, kawasan taman perumahan, kawasan perkampungan dan seumpanya. Dalam larian ini peserta akan berlari melalui pelbagai jenis permukaan seperti jalan raya, trek dan kawasan berbukit. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan mental murid.    Bagi merasai suasana kedesaan, sekali lagi Unit Sukan dan Kokurikulum memilih kawasan Kampung Melayu Kepong sebagai tempat berlangsungnya pertandingan merentas desa. Pemilihan ini bersesuaian dengan keadaan geografi Kampung Melayu Kepong yang mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti terdapat kawasan landai, berbukit dan dikelilingi pokok-pokok yang menjadikan laluan larian dalam keadaan kondusif dan tenang untuk murid berlari. Selain itu, kawasan kampong ini juga akan menguji tahap daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot setiap murid. .     Bersesuaian dengan Hari Sukan Negara yang disambut sepanjang bulan Oktober, Unit Sukan dan Kokurikulum mengambil pendekatan mengabung jalin Kejohanan Merentas Desa 2023 bersama Hari Sukan Negara. Intergrasi ini menyemarakan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini.

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 11:00 am
Capacity 1001
Registered 0
Available Place 1001
Youth 66
Women 57
Children 935
Location SK ST. Mary

We are no longer accepting registration for this event