HSN
KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA 2024
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA TUN HUSSEIN ONN
JALAN JELATEK,KERAMAT
54200 KUALA LUMPUR
1. Pengenalan
Hari Sukan Negara merupakan hari beriadah (beraktiviti) sama ada bersukan, bergotong-royong,
atau khidmat masyarakat yang menggalakkan individu bergerak aktif menjalanakan sebarang aktiviti
yang menyihatkan. Aktiviti ini tidak terbatas di padang atau di dewan,malah boleh dilakukan di taman
rekreasi, di jalan-jalan raya atau di kawasan rumah atau di mana-mana sahaja dengan selamat.
2. Rasional
Menjadikan murid sihat, berpeluh semasa beraktiviti dan mempunyai semangat setia kawan yang
tinggi demi menjaga kesihatan dan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti / gejala negatif yang
kurang sihat.
3. Nama Program.
HARI SUKAN NEGARA 2024.
4. Objektif Program
4.1 Melahirkan murid yang sihat mental dan fizikal.
4.2 Memberi pengukuhan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid sekolah
4.3 Meningkatkan minat murid dalam aktiviti riadah untuk kesihatan dalam mengisi masa
lapang yang berfaedah.
5. Butiran Pelaksanaan Program
5.1 Tarikh : 12 Oktober 2024
5.2 Hari : Sabtu
5.3 Tempat : Dataran Bestari ,SMK Desa Tun Hussein Onn
5.4 Masa : 8.00 pagi – 1.00 Tengah hari
5.5 Acara yang
Diadakan : “Warming Up”, Senamrobik, Sepak Takraw, Bola Jaring, Dodgeball, Permainan
Dalaman dan Bowling Padang.
6. Kumpulan Sasaran
6.1 Semua murid dan semua guru SMK Desa Tun Hussein Onn
7. Penutup
Hari Sukan Negara dapat menarik minat murid-murid , guru-guru dan staf sekolah untuk menjalankan
aktiviti bersukan dan menjaga kesihatan diri yang lebih sihat. Program ini dapat menjalinkan hubungan
kekitaan ke arah meningkatkan kesedaran pentingnya budaya menyihatkan badan di samping memberi
pengukuhan interaksi dan integrasi dalam kalangan warga SMK Desa Tun Hussein Onn.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 8:00 am |
Event End Date | 12-10-2024 1:00 pm |
Cut Off Date | 12-10-2024 8:00 am |
Capacity | 1073 |
Registered | 0 |
Available Place | 1073 |
Youth | 978 |
Women | 523 |
Location | SMK DESA TUN HUSSEIN ONN |