
Sambutan Hari Sukan Negara SMK Petaling bermula jam 7.30 pagi di Dataran Kencana Gemilang dimana semua murid, guru dan PIBG menjalankan aktiviti senamrobik bersama-sama.
Seterusnya bermula jam 9 pagi, Pertandingan Bakat Angkat Berat dijalankan di Dataran Kencana Sakti. SMK Petaling merupakan Pusat Latihan Bakat Angkat Berat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pertandingan ini disertai oleh 30 murid SMK Petaling yang merupakan atlet angkat berat Kuala Lumpur dan disertai juga oleh tetamu dari Persatuan Angkat Berat Kuala LUmpur. Murid-murid menengah atas dan menengah rendah bergilir-gilir menyaksikan pertandingan tersebut.