
Program Hari Sukan Negara Peringkat SMK Taman Bukit Maluri Tahun 2025 telah dijalankan dengan meriah bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Antara acara utama yang dijalankan ialah Senamrobik Perdana yang melibatkan penyertaan semua guru dan murid, diikuti dengan aktiviti sukan mengikut tingkatan yang mencabar ketangkasan dan kerjasama peserta. Kehadiran dan penyertaan aktif guru serta murid telah menjadikan sambutan ini lebih bermakna dan berjaya mencapai objektif Hari Sukan Negara, iaitu menggalakkan masyarakat amnya dan warga sekolah khasnya untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.