
PROGRAM PERTANDINGAN ANTARA KELAS 1. OBJEKTIF 1.1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid agar dapat membantu murid menjadi insan yang berdisiplin, berdikari, dan bernilai murni tinggi. 1.2. Memberi latihan awal agar dapat mempersiapkan murid menyertai kejohanan yang dianjurkan 1.3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan di samping mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi. 1.4. Mempertingkatkan kualiti permainan dan pengurusan pasukan sekolah. 2. RASIONAL 2.1 Memberikan satu aktiviti yang sihat kepada pasukan sekolah yang dapat mendidik dan membina jati diri yang teguh. 2.2 Memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada para pemain untuk menjalani latihan serta penghargaan atas usaha gigih mereka 2.3 Mewujudkan semangat dan daya saing yang sihat serta efektif dalam bidang sukan.