HARI SUKAN NEGARA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

HARI SUKAN NEGARA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA Program Hari Sukan Negara dan Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Kepong Tahun 2025 telah dijalankan dengan jayanya pada 11 Oktober 2025 bertempat di sekitar kawasan Taman Petaling. Program ini melibatkan semua murid Tahap 1, Tahap 2, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta murid Pra Sekolah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid, memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri serta menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah. Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh guru Pendidikan Jasmani sebagai aktiviti pemanas badan. Seterusnya, acara merentas desa dijalankan mengikut kategori umur dan jantina. Murid menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung, diiringi dengan sorakan penyokong daripada rakan-rakan dan guru-guru yang turut memberi motivasi di sepanjang laluan larian. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik antara guru, murid, dan ibu bapa yang hadir memberi sokongan. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan serta berjaya mewujudkan suasana yang meriah dan bermakna. Program ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat, memperkukuh semangat setiakawan dan menyemai nilai-nilai positif dalam diri mereka.

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:40 am
Event End Date 11-10-2025 12:30 pm
Cut Off Date 10-10-2025
Capacity 530
Registered 0
Available Place 530
Location SK TAMAN KEPONG

We are no longer accepting registration for this event