Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara adalah program yang telah dirancang oleh Menteri Belia dan Sukan dan telah mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri. Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara ini juga akan diadakan pada bulan Oktober pada setiap tahun. Selain itu, dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) juga merupakan sebuah dasar yang direka bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, seperti yang tertakluk dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Melalui dasar 1M1S ini, semua murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah mereka. Hal ini bagi memastikan semua murid mendapat faedah daripada pelibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang atau tidak aktif.  Oleh itu Unit Kokurikulum SMK Cheras menyambut baik dasar kerajaan dengan mengadakan gabungan dua program pada tarikh dan hari yang sama iaitu Hari Sukan Negara (HSN) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 12 Oktober 2024 sekaligus menjadikan program Hari Sukan Negara dan 1 Murid 1 Sukan ini sebagai Karnival Sukan bagi SMK Cheras. Pengisian program yang telah dirancang ialah pertandingan Dodgeball, Frisbee, Bola jaring, Bola keranjang lelaki 5 sebelah dan Bola keranjang perempuan 3 sebelah. 

Event Information

Event Date 12-10-2024 7:30 am
Event End Date 12-10-2024 1:30 pm
Cut Off Date 12-10-2024 8:00 am
Capacity 500
Registered 0
Available Place 500
Youth 219
Location SMK CHERAS

We are no longer accepting registration for this event