
Pengenalan
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Rasional
Kejohanan Merentas Desa bersempena Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Objektif
Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan murid sekolah.
Acara Yang Dipertandingkan
Lelaki Bawah 8 tahun
Perempuan Bawah 8 tahun
Lelaki Bawah 10 tahun
Perempuan Bawah 10 tahun
Lelaki Bawah 12 tahun
Perempuan Bawah 12 tahun