
SK Taman Bukit Maluri telah menyambut seruan sambutan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti senamrobik, sukaneka dan acara permainan dalaman bagi Tahap 1 dan acara sepak bulu ayam bagi tahun 4, acara bola baling bagi tahun 5 dan acara bola beracun bagi Tahun 6. Sambutan Hari Sukan Negara dimulakan pada pukul 8:05 pagi setelah semua murid berkumpul di dewan Sri Maluri. Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Hassan Din seterusnya ucapan daripada Puan Safiah Binti Mohamad Wardi selaku Guru Besar SK Taman Bukit Maluri. Seterusnya, pada jam 8.30 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua warga SK Taman Bukit Maluri mengambil bahagian dalam acara ini. Acara ini telah dikendalikan oleh instruktor senamrobik yang dijemput khas untuk memeriahkan lagi acara senamrobik. Kelihatan semua peserta bersemangat melakukan aktiviti senamrobik. Tepat jam 9.00 pagi, murid-murid bergerak ke tempat masing-masing yang telah ditetapkan bagi meneruskan aktiviti seterusnya. Murid-murid tahun satu dibawa bermain sukaneka oleh guru yang telah dipertanggungjawabkan. Murid Tahun 2 dan Tahun 3 berada di kelas masing-masing untuk acara permainan dalaman manakala acara sepak bulu ayam dijalankan bagi tahun 4, acara bola baling bagi tahun 5 dan acara bola beracun bagi Tahun 6.