Hari Sukan Negara 2025

Hari Sukan Negara 2025 Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan mengadakannya pada 11 Oktober 2025. Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti sukaneka bagi murid Tahap 1. Manakala pertandingan bola baling bagi murid Tahap 2.

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:30 am
Event End Date 11-10-2025 12:00 pm
Cut Off Date 11-10-2025
Capacity 96
Registered 0
Available Place 96
Veterans 1
Youth 7
Women 35
Children 53
Location SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2

We are no longer accepting registration for this event