
LAPORAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK SERI CHENEH TAHUN 2024
1.NAMA PROGRAM
1.1 Nama Program ini ialah Kejohanan Boling Guru,Fun Walk 10K Steps dan Kejohanan Dodgeball antara Kelas tingkatan 1-4 kategori lelaki dan Perempuan.
2.KATEGORI UMUR
2.1 Kategori umur penyertaan ialah guru lelaki dan perempuan serta staf sekolah dan pelajar lelaki dan Perempuan 13,14,15 & 16 tahun yang bersekolah di SMK Seri Cheneh.
3.PENGANJUR PROGRAM
3.1 Program ini adalah anjuran Unit Kokurikulum.
4.TARIKH,TEMPAT DAN WAKTU KEJOHANAN
4.1 Tarikh yang dicadangkan ialah hari hari Isnin 14 Oktober dan hari khamis 17 Oktober 2024 bertempat di trek berjalan kaki seRICH dan Dewan Alamanda. Waktu program adalah pada jam 7.30 hingga 1.00 petang mengikut tentatif acara perlawanan akan ditetapkan oleh JK Teknikal Unit Kokurikulum.
5.OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Kejohanan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengisi kalendar program Bulan Sukan Negara dan program Hari sukan Negara peringkat SMK Seri Cheneh.
5.2 Ia juga sebagai strategi serampang dua mata bagi membina disiplin dan sahsiah para pelajar serta membantu perkembangan fizikal dan sosial serta memperkembangkan kemahiran sukan dodgeball di kalangan pelajar.
6.1 Secara khususnya,kejohanan ini diadakan adalah bertujuan sepertimana berikut:
6.1.1.Memberi peluang kepada sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah melibatkan diri supaya dapat menguji kemahiran bermain permainan dodgeball mereka
6.1.2.Mengurangkan stres belajar & gejala disiplin pelajar.
6.1.3.Mengeratkan perpaduan dan semangat kekitaan pelajar-pelajar serta guru-guru yang terlibat.
6.1.4.Mengintegrasikan murid yang dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama berganding bahu menjayakan pasukan dodgeball kelas masing-masing
6.1.5.Sebagai medan juang terbaik bagi pelajar-pelajar mengasah bakat dan mengenengahkan potensi dan kemahiran bermain bola
dodgeball bagi melahirkan pasukan pelapis untuk pasukan dodgeball sekolah.
6.1.6 Sebagai persediaan awal bagi mewujudkan pasukan pasukan dodgeball sekolah.
6.1.7 Menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan melalui aktiviti senamrobik,fun walk dan pertandingan dodgeball yang diadakan.
7.JAWATANKUASA KERJA YANG DIBENTUK
7.1 Sempena dengan kejohanan ini,beberapa Jawatankuasa Kerja perlulah dibentuk dan mereka mestilah memberikan kerjasama bagi merealisasikan dan menjayakan program ini.
7.2 Di bawah ini,dinyatakan beberapa Jawatan Kuasa kerja beserta ahli masing-masing:
1.JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pengetua
Penasihat : GPK Kokurikulum dan Semua GPK
Pengerusi : GPK Kokurikulum
Penyelaras : Setiausaha Kokurikulum
Ahli-Ahli : Setiausaha Sukan
Pengurus dan Jurulatih Pasukan kelas yang terlibat.
2.JAWATANKUASA KECIL PENGELOLAAN
1.JAWATANKUASA TEKNIKAL & OPERASI KEJOHANAN
Pengurus Operasi Dodgeball : En.Norhisham bin Abdullah
Pengurus Operasi Fun Walk: En.Wan Ahmad Hafiz bin Wan
Mohamad
Pengurus Operasi Senamrobik : Pn.Siti Hajar binti Jusoh
2.JAWATANKUASA DISIPLIN & TATATERTIB
Ketua: : Pengetua SMK Seri Cheneh
Ahli-ahli : Semua GPK dan JK Teknikal
3.JAWATANKUASA STATISTIK DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN
Ketua : En.Wan Ahmad Hafiz bin Wan Mohammad
Ahli-ahli : En.Norhisham bin Abdullah
: 2 orang pelajar pembantu
4.JAWATANKUASA KEPENGADILAN DODGEBALL
Ketua : En.Norhisham bin Abdullah
Ahli-ahli : En.Wan Ahmad Hafiz bin Wan Mohammad
: 4 orang pembantu pengadil dari pelajar lelaki dan
perempuan
5.JAWATANKUASA PERSIAPAN TREK DAN GELANGGANG
Ketua : En.Wan Ahmad Hafiz bin Wan Mohammad
Ahli-ahli : En.Norhisham bin Abdullah
: 4 orang pelajar pembantu
6.JAWATANKUASA PERALATAN DAN KELENGKAPAN
Ketua : En.Zamzuri bin Ibrahim
Ahli-ahli : En.Kamarul Zaman
: 4 orang pelajar pembantu
7.JAWATANKUASA PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
Ketua : Pn.Norhaslina binti Che Hassan
Ahli-ahli : Pn.Normilynun binti Ali
: 2 orang pembantu dari pelajar Perempuan
8.JAWATANKUASA KESELAMATAN,DISIPLIN DAN KAWALAN PELAJAR
Ketua : En.Abdul Aziz bin Idris
Ahli-ahli : Pn.Nur Hidayah binti Abdul Hamid
: Pelajar pembantu dari pengawas yang dilantik
9.JAWATANKUASA DOKUMENTASI,FOTO DAN VIDEO
Ketua : En.Norhisham bin Abdullah
AJK : Pn.Siti Fazilun binti Othaman