KiPTS Senamrobik Sempena Sambutan Hari Sukan Negara

KiPTS Senamrobik Sempena Sambutan Hari Sukan Negara KiPTS Senamrobik KiPTS Senamrobik Sempena Sambutan Hari Sukan Negara merupakan acara yang dijalankan setiap tahun oleh warga Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman sempena meraikan Hari Sukan Negara. Ianya dijalankan pada 13 Oktober 2024 iaitu pada hari Ahad, bagi menyahut hasrat negara untuk membudayakan amalan gaya hidup cergas dan aktif bagi semua warga sekolah SK Kijal. Seramai 870 peserta telah menyertai acara senamrobik ini yang terdiri dari 66 orang guru dan AKP Sekolah Kebangsaan Kijal, bersama-sama 804 murid Sekolah Kebangsaan Kijal. Bermula jam 7.20 pagi, semua murid SK Kijal dikumpulkan di dataran perhimpunan sekolah mengikut kelas masing-masing bagi mengambil kedatangan mereka. Kemudian, pada jam 7.30 pagi, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Nazmi bin Ismail @ Nawang selaku Setiausaha Sukan SK Kijal kepada semua peserta. Tidak lama selepas itu, para peserta berkumpul di padang sekolah bagi memulakan acara senamrobik ini. Diketuai oleh Cikgu Noor Akmal Hayati binti Haili, yang turut merupakan jurulatih Zumba bertauliah bersama-sama murid-murid KiPTS Aerobic Squad, semua peserta memulakan aktiviti senamrobik dengan pergerakan ringkas dengan iringan muzik perlahan dan mengikut tempo. Kemudian, senamrobik ini bertukar menjadi sedikit pantas dan ceria dengan irama lagu-lagu menarik dan popular bagi menceriakan acara senamrobik ini. Acara senamrobik ini selesai dijalankan pada jam 8.10 pagi dan semua murid selsesai menjalani sesi menyejukkan badan 10 minit kemudiannya. Pada jam 8.20, beberapa murid telah dipanggil untuk bertanya tentang perasaan mereka dan apa yang mereka peroleh melalui acara senamrobik ini. Semua murid bersurai pada jam 8.30 pagi dan kembali ke kelas masing-masing bagi meneruskan sesi PdPc bersama guru masing-masing di kelas.

Event Information

Event Date 13-10-2024 7:30 am
Event End Date 13-10-2024 8:30 am
Cut Off Date 13-10-2024 7:30 am
Capacity 900
Registered 0
Available Place 900
Senior Citizens -
Veterans -
Youth 66
Persons with Disabilities (OKU) 1
Women 54
Children 804
Location Taman Kijal Mentauh 2

We are no longer accepting registration for this event